Aku berjalan menuju rumah nenek ku yang bersebelahan dengan rumahku . aku menziarahi nenek ku yang dalam keadaan sakit. . selepas aku menjenguk keadaannya, aku duduk termenung di depan beranda rumahnya. tiba-tiba aku melihat sekumpulan manusia yang berkelakuan ganjil. aku cuma melihat tanpa berkata apa-apa. aku terkedu seketika melihat mereka yang terdiri daripada 7 orang lelaki. aku melihat mereka berjalan dalam barisan yang teratur menuju ke depan jalan tanpa menghiraukan aku yang melihat mereka. mereka terus berjalan tanpa berpaling sedikit pun . di bahagian depan sekali, seorang lelaki separuh tua memakai baju melayu lengkap berkain serba putih, memegang tasbih di tangan, berkopiah putih manakala pengikut belakangnya berbaju hitam, kotor dan berupa hodoh. kulit dan badan mereka seolah-olah sudah terbakar, dengan mata sebelahnya besar dan sebelah lagi kecil di tambah dengan tanduk di atas dahi yang berwarna putih. seluruh badan mereka telah hangus, kulit seakan-akan bernanah akibat terbakar. rupa dan keadaan mereka sangat teruk. aku hanya melihat tanpa bertanya kenapa dan kemana mereka ingin tuju . . mereka terus berjalan yang teramat perlahan dan hilang dalam sekelip mata . aku tidak menghiraukan mereka semua, lalu aku masih termenung di beranda rumah nenekku . aku termenung, fikiran aku kosong .
Selang beberapa minit kemudian, pandangan aku terus beralih pada manusia yang ganjil lagi yang makin dekat menuju ke arah aku . mereka seperti manusia yang lalu tadi. aku hanya mendiamkan diri dan melihat kelakuan mereka. mereka berjalan perlahan . sekumpulan manusia kali ini berlainan dengan yang lalu tadi kerana mempunyai beberapa orang perempuan . di barisan depan sekali, seorang perempuan yang berwajah teruk dan hodoh akibat kesan di bakar juga dan mempunyai tanduk besar di dahi. di ikuti 2 orang lagi perempuan yang berkeadaan sama seperti di depan . manakala di ikuti lagi 4 orang lelaki yang kelihatan sama seperti yang tadi . mereka berpakaian serba hitam dan badan mereka telah hangus dibakar yang kelihatan sangat teruk . aku masih melihat lagi tanpa berkata apa-apa. lalu, salah seorang daripada mereka menghampiri aku iaitu seorang perempuan yang tadi.
Di tanganku, masih memegang duit pemberian mereka tadi. aku seperti dalam keadaan terkedu sendirian. lalu, kakak ku menegur aku . dia melihat duit ditanganku terus bertanya " mana kau dapat duit ini ? kau curi dari rumah nenek kan ?? kau ambil kesempatan bila nenek sakit ! " aku terkejut mendengar tuduhannya dan aku terus menjawab " takkkk ! aku tak ambil duit nenek . ada perempuan yang lalu tadi bagi pada aku . katanya mahu sedekah. . " , kakak ku tidak mempercayai kata-kataku . " kau tipu ! aku mahu bagitahu kt mak ! aku berdiri disini dari tadi lagi, aku tidak nampak pun sesape yang lalu" balasnya . dia terus memberitahu mak yang aku mencuri duit dari nenekku . lalu mak menghampiri aku, aku menceritakan segala-galanya yang terjadi dan macammana aku boleh mendapat duit ini . mak memeluk erat tubuhku dan mengusap lembut kepalaku dan berkata " mak mempercayai kata-katamu. . . " .
Aku terus tersedar dari tidur dalam keadaan terkejut . ohh ! aku bermimpi rupanya. . tubuhku panas dan aku rasakan seperti selsema . tapi. . . mimpi tadi ?? apa maksud mimpi tadi ?? aku berfikir sendirian. adakah ianya mimpi pertunjuk dari Allah untuk aku ?? kenapa aku boleh melihat keadaan manusia yang telah mati ?? tapi kenapa aku yang menolong mereka ??? kenapa harus aku ?? aku terkedu seketika berfikir apa makna mimpi aku tadi . lalu aku menceritakan segala-galanya pada kawan-kawanku, mereka juga turut terkejut dan timbul perasaan takut dalam diri kami .
tapi aku ? sampai saat ini masih segar mimpi ini dalam ingatanku dan tak mungkin aku lupa sampai bila-bila . bagi aku, mungkin ini petunjuk yang di beri Allah untuk aku menceritakan pada kita semua yang masih hidup di dunia ini untuk renugan bersama. aku menceritakan bukan untuk menipu atau berniat lain . aku juga berani sumpah ia adalah BENAR dan anggaplah ini sebagai peringatan kita bersama . mimpi memang mainan tidur, tapi bagi aku mimpi aku kali ini adalah kenyataan bukan mainan semata-mata. hikmah disebalik mimpi aku ini hanya Allah yang Maha Mengetahui . wallahu a'lam. . .
mud : ouhh . benar ! mimpi mempunyai seribu makne yang kita sendiri tidak mempunyai kuasa untuk mentafsir hikmah di sebalik mimpi ini . . aku bersyukur pada Illahi kerana menyedarkan aku melalui mimpi ini .
Grateful To Allah -,-
0 ulasan:
Post a Comment