SAYA PERCAYA . . ESOK SUDAH TIDAK BOLEH MENGUBAH APA YANG BERLAKU HARI INI TETAPI HARI INI MASIH BOLEH MENGUBAH APA YANG AKAN TERJADI PADA HARI ESOK . INSYALLAH -,-
eiraa eiraa eiraa eiraa eiraa eiraa eiraa eiraa eiraa eiraa eiraa eiraa eiraa eiraa eiraa eiraa eiraa eiraa eiraa eiraa
My photo
ASSALAMUALAIKUM ~ THANKS sudi jenguk blog buruk saya ! About me ?? I’m that girl who forgives everyone who gets mad at me. I’m that girl who fears being alone. I’m that girl who is scared of growing up. I’m that girl who acts like I’m tough when really, I feel like crying. I’m that girl who says yes to everything, because I hate disappointing people. I’m that girl who tries to be nice to everyone then gets taken advantage of. I’m that girl who everyone thinks they know, but they don’t. Saya hanya gadis biasa, penuh kelemahan n kekurangan . Hope di MAAFKAN jike saya tersilap or terlanjur kata d sini . Sayang korangg :)

♥ FoLLow If yoUu LIkEE ! I wiLL aPprEcIatE It ♥

♥♥ hAty kUu y mErIntiH lAgY ♥♥

Monday, January 3, 2011


Huh
Entah mengapa tiba-tiba jiwaku bagai di pukul,di hiris lagi…
Aku merintih sendirian..
Entah mengapa di suasana malam sebegini aku harus melawan kesakitan yang melanda jiwaku…
Jika benar luka itu masih bersisa
Maka aku harus segera melenyapkan semua memori duka….
Sebak rasa dadaku menahan keperitan sebegini…

Aku hanya mampu memandang, menanti dan menunggu sampai bila aku harus menerima semua ketentuan yang diperuntukkan buatku…
Kadangkala aku rasa tidak adil untuk aku bernafas di bumi ini, namun segera aku menyedarkan diri aku sendiri, bahawa setiap kesakitan yang Allah sediakan untukku hanyalah untuk menguji sejauh mana keimanan aku..
Segera aku mengucap.. Ah…Tenang sekali melafaz dua kalimah syahadah..Terasa lapang dadaku….

Aku sendiri tidak tahu entah dimana aku harus mulakan, aku tidak tahu mengapa tiba-tiba hati ini di sentuh duka semalam
Aku sudah berupaya untuk melupakan semua kesakitan yang diberikan, namun dengan tiba-tiba, perasaan itu hadir kembali
Bayangan semalam bagaikan memaksa aku merintih sendiri
Aku jadi rindu pada kenangan lama dan aku begitu sayu sekali bila mengenangkan sekeping hati yang telah di hancur lumatkan oleh sorang insan yang bergelar KEKASIH ! !

Sudah puas air mata ini mengalir di pipi…
Sudah reda bengkak yang bernanah di hati ini, sudah surut dendamku, sudah puas aku memujuk diri
Namun mengapa tetiba bayangan semalam menghembat perasaanku hingga bergenang airmataku
Ahh… ku sapu airmata yang hampir mengalir, aku tidak mahu ianya mengalir dipipi ini untuk kesekian kalinya…
biarlah ku simpan airmataku ini untuk kegembiraan

Puas sudah ku meratapi sebuah nasib yang diperuntukan buatku…
Sehingga kehari ini aku masih lagi mampu untuk terus bersabar dengan setiap kelukaan demi kelukaan
Hati ini bagaikan sudah menjadi lali untuk kesakitan, kelukaan, kepedihan, kekecewaan!!!

Ah!! Sungguh… Sebenarnya aku tidak mampu lagi untuk meratapi sebuah lagi kelukaan…
biarlah pengalaman lalu berlalu bagai angin… Sungguh!!
aku sudah tidak mampu lagi, aku sudah tidak kuat lagi untuk memikul bebanan duka..

Menyesal??? ah… langsung tidak terdetik di hatiku, kerana aku sendiri yang memutuskan jalan hidupku.. 
Untuk apa aku menyesal, kerana semuanya kehendak Tuhan
Cuma apa yang aku harapkan…
moga ada sinar kebahagiaan buatku nanti untuk ku merasai seperti insan lain agar aku dapat mengerti erti hidup ini…

dan ku mohon pada yg Esa, izinkan ku merasai erti sebenar bahagia dalam hidop ini….
sebelom ajalku tiba....

dUn brEak my hEart. . .


0 ulasan:

:: NO MUSIX , NO LIFE ::